fbpx

PANDUAN DAFTAR

GRAB DRIVER &

LESEN PSV 2023

PANDUAN PENDAFTARAN GRAB 2023

(UNTUK KERETA BUATAN 2014-2023 SAHAJA)

Apa yang perlu disediakan:

1) Lesen PSV 

2) Insurance E-Hailing

3) Dokumen Kenderaan

1. Lesen PSV (Category E-Hailing)

Lesen PSV (Public Service Vehicle) untuk categori E-Hailing adalah lesen yang diperlukan untuk membawa penumpang dengan menggunakan kenderaan persendirian.

Empat (4) langkah penting yang perlu disiapkan untuk proses ini adalah:

1. PSV training (melalui Grab Driver Training Centre atau Driving School). Training hanyalah mendengar ceramah selama 6 jam.

2. PSV  Exam (1 jam)

3. Medical Checkup di clinic dengan menggunakan medical form PSV

4. Ambil  Kad PSV di JPJ cawangan utama.

Untuk memudahkan anda, Team Grab Online menyediakan perkhidmatan training & exam bagi bakal pemandu Grab di sekitar KL & Selangor. Sila booking training & exam anda dengan menekan link booking online atau whatsapp admin.

 

 

2. E-Hailing Insurance

Insurance E-Hailing adalah perlindungan insurance sekiranya mengalami kemalangan ketika anda membawa penumpang.

Ada 3 Kategori Insurance yang anda perlu faham.

KATEGORI 1: Insurance panel Grab. Sekiranya kereta anda menggunakan insurance ini, anda tidak perlu buat apa-apa.Anda boleh terus mendaftar sekiranya lesen PSV sudah ada di tangan.

KATEGORI 2: Insurance bukan panel Grab tetapi ada perlindungan insurance tahunan. Sekiranya kereta anda menggunakan insurance ini, anda perlu membeli perlindungan insurance ehailing tahunan terlebih dahulu.

KATEGORI 3: Insurance bukan panel Grab & tiada perlindungan insurance tahunan. Sekiranya anda menggunakan insurance ini, anda wajib batalkan insurance & roadtax dan beli insurance kategori 1.

3. Dokumen Kenderaan

Sekiranya lesen PSV & insurance ehailing anda tiada masalah, anda boleh ke step seterusnya iaitu dengan menghantar dokumen online. Dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran adalah:
1. Kad Pengenalan
2. Lesen PSV
3. Polisi Insurance Kereta
4. Geran
5. Roadtax

Anda boleh menghantar dokumen secara online sahaja dengan menekan link GRAB ONLINE.

Admin Grab akan mengesahkan diri anda dan dokumen melalui applikasi Google Meet atau Video Call.

 

WhatsApp chat