
Bahagian 1: Pendaftaran Akaun MyPuspakom
Langkah 1: Install Applikasi MYPUSPAKOM dan register akaun jika pertama kali
Login link daftar masuk puspakom .Tekan pada ‘Daftar Masuk Kali Pertama’

Langkah 2 – Pendaftaran
Pilih jenis akaun ‘Perdagangan / Lain-Lain’, kemudian pilih ‘Enterprise’

Langkah 3 – Maklumat akaun
Tukar Maklumat Syarikat ke Maklumat Pemilik Kenderaan
Nama Syarikat → Nama Pemilik (Nama Owner Kereta Dalam Geran)
No. Pendaftaran Syarikat → No. Kad Pengenalan Pemilik (No IC Owner Kereta)

Langkah 4 – Dokumen yang diperlukan
Perakuan Pendaftaran → Sila upload gambar IC owner kereta
Surat Wakil Kuasa → Sila upload gambar geran kereta original
Tekan ‘Daftar’.
Tunggu email dari Puspakom jika akaun anda telah disahkan untuk membuat temujanji pemeriksaan.

Bahagian 2: Temujanji Pemeriksaan Puspakom
Langkah 1
Daftar masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah disahkan.

Langkah 2
Pilih ‘Temujanji Baru’

Langkah 3 – Lengkapkan maklumat kenderaan anda
Tip: Sila rujuk geran kereta anda supaya maklumat yang di isi adalah tepat
Kategori Kenderaan: Commercial
Jenis Kenderaan: Light
Kelas Kegunaan: Persendirian e-hailing
*Kenderaan anda masih dikelaskan sebagai kenderaan persendirian, kategori di sini adalah untuk pendaftaran sahaja.

Langkah 4
Pilih ‘Berkala Pertama e-hailing’ sekiranya ini adalah kali pertama anda melakukan pupskaom.
Pilih‘Berkala” sahaja jika ini bukan kali pertama.
Pilih‘Khas” untuk pemeriksaan untuk keluar dari Grab. Jika anda pilih “Khas” bermaksud pemeriksaan ini bertujuan untuk anda terminate account dari Grab.

Langkah 5
Pilih ‘Negeri’ dan ‘Tarikh’ yang inginkan untuk pemeriksaan. Kemudian, pilih tarikh and lokasi yang masih tersedia.

Langkah 6
Pilih slot masa yang anda inginkan

Langkah 7
Lengkapkan butiran pembawa kenderaan yang akan hadir untuk pemeriksaan.

Langkah 8 – Sahkan butiran temujanji anda
Sila pastikan kesemua butiran adalah tepat.

Langkah 9
Ringkasan jumlah bayaran akan dipaparkan di sini.

Langkah 10 – Pembayaran
Buat bayaran atas talian melalui kad kredit / kad debit / FPX. Sila bawa Slip Pengesahan Temujanji semasa pemeriksaan, salinan dicetak atau elektronik boleh diterima.
Imbas kod QR pada terminal pengimbas

Langkah 11 – Datang 30 minit awal ketika sesi Puspakom
Item yang wajib dibawa semasa pemeriksaan puspakom
- IC Original
- Geran Kereta Original Sahaja
- Pengesahan Pembayaran Puspakom dari Email
- Fire Extinguisher 1KG (Letak siap siap di seat penumpang depan)
- Medical Kit (Hanya wajib bagi kenderaan 6 seater sahaja)
Pemeriksaan puspakom hanya mengambil 10 minit. Tinggalkan kunci kereta dan sila keluar dari kereta dan terus ke bilik keputusan untuk mendapatkan keputusan.
1. W
ajib bukat TINTED windscreen dgn cermin driver kiri kanan utk elakkan dari tersangkut. Belakang masih dibenarkan.
2. Suspension perlu dalam keadaan baik
STICKER PUSPAKOM akan diberikan kepada kenderaa E-Hailing yang berjaya lulus. Anda boleh download buku panduan di sini Buku-Panduan-E-Hailing_290419
