fbpx

PANDUAN & TUTORIAL

NEW GRABCAR DRIVER

KLANG VALLEY 2021

PANDUAN NEW GRAB CAR 2021

Sila pastikan selepas mempelajari kesemua panduan ini, anda boleh:

 

1) Memahami cara install applikasi Grab Driver

2) Memahami kesemua fungsi button applikasi Grab Driver

3) Memahami kategori yang ada dalam applikasi Grab Driver

4) Memahami persediaan sebelum online

5) Memahami bagaimana proses dari terima job, ambil penumpang, hantar penumpang dan terima bayaran

 

1. Cara Install Applikasi Grab Driver

GRAB DRIVER INSTALLATION GUIDE

🔴 CARA SETUP APP
1. Install applikasi Grab Driver
Android: Link App Grab Driver
iOS: Link App Grab Driver IOS
2. Bukak app-Click Continue & Agree
3. Click Sign in With Google/log masuk dengan google
4. Masukkan gmail & password
5. Terdapat tutorial demo cara guna app.Sila habiskan terlebih dahulu.

2. Fungsi Button Grab Driver App

Gambar di bawah menunjukkan fungsi Acceptance Rate (AR), Driver Rate (DR) & Cancellation Rate (CR)

Pro Tips:
Driver pro biasanya mengekalkan DR diatas 4.80 ke atas & CR di bawah 15% pada setiap minggu untuk mengelakkan dari penggantungan akaun.

3. Fungsi Button Service Type

Gambar di bawah menunjukkan fungsi Service Type.

Pro Tips:
Driver pro biasanya hanya on kategori untuk bawa penumpang sahaja. Grab Food / Grab Mart & Express agak leceh & murah berbanding JustGrab, Plus, 6 Seater.

4. Panduan Applikasi

CARA MULAKAN APP , AMBIL PENUMPANG, TURUNKAN PENUMPANG UNTUK DRIVER BARU. PENTING!

No 1. Baca Kesemua Nota yg admin bagi dalam whatsapp

No 2. Download & Setup Aplikasi GRAB DRIVER , Waze, Google Maps

No 3. Fahamkan setiap button dalam app seperti online button, Cash/Credit wallet, Acceptance rate , Cancellation rate, Daily Insurance, MyDestination, Avoid Location, Profile, Help Centre

No 4. Bersihkan kereta.Beli phone holder wajib!. Beli Sticker E-Hailing di Shopee. Wajib lekat sticker ketika online sebagai lesen untuk bebas kemana sahaja.

No 5. Jika credit wallet ade lebih dari RM10, anda masih boleh dpt job. Tapi kalau kurang , anda perlu pergi stesyen minyak atau KK mart , bgtahu cashier nak beli topup GRAB RM10/20/50. Nanti cashier akan bagi receipt .Dekat receipt ade no PIN.

No 6. Masukkan no PIN dalam app. Click Wallet>Click credit wallet>Click topup with PIN

No 7. Ready dalam kereta. Pasang phone dekat phone holder

No 8. Slide atau tap button online. Jika iphone ada 1 button online, Jika android, anda perlu tap button online dan slide button di tepi.

No 9. Tunggu job masuk dalam app. Ketika musim PKP, job agak lambat jadi sila bersabar.

No 10. Drive ke area bandar mcm KLCC, Bangsar, PJ, Mont Kiara, Midvalley, Damansara, Stesyen TBS, KL Sentral untuk senang dpt job. App akan carikan job yg dari booking yang berdekatan.

No 11. Bila dapat job, app akan berbunyi & vibrate.Anda perlu tap screen untuk terima job. Anda WAJIB BERTENANG & JANGAN KALUT!. Ambil 1 minit baca, berapa fare, dari mana ke mana, dan semua info yg dipaparkan.Selepas itu, Click anak panah sebelah alamat dan waze/google map akan terbuka. Pro Tips Gunakan Chat/Call button untuk berhubung dengan rider setelah sampai ke destinasi. Anda boleh tanya tanya rider dkt mana, baju color apa.Bagitahu kereta warna apa. Apa landmark dkt situ supaya lebih mudah untuk pickup nanti.

No 12. Click IM HERE apabila dah sampai ke lokasi. Apabila penumpang dah masuk dalam kereta, jangan click PICKUP BUTTON dulu.Say hello, how are u, greet baik2. Confirmkan betul ke adress yg nak pergi. Jika confirm , baru tekan PICKUP. Alamat dalam app akan automatic bertukar ke alamat destinasi.

No 13. Anda perlu bertenang dan tunggu waze/google maps tunjukkan jalan.Ambil masa 15 saat untuk pilih route yang terbaik.

No 14. Bagitu rider kalau jalan ada tol lebih mudah dan tak jem. Semasa perjalanan jika ada tol, driver akan bayar dahulu. TETAPI semasa dah sampai nanti, kita akan cas semula kepada customer semasa pembayaran terakhir. DRIVER WAJIB INGAT BERAPA NILAI TOL SEMASA PERJALANAN. JIKA ADA 2 TOL , JUMLAHKAN NILAINYA SEKALI.

No 15. Apabila sudah sampai, click button DROP OFF, masukkan nilai tol (jika ada)

No 16. App Grab Driver akan paparkan jumlah terakhir yang perlu dibayar oleh penumpang. DRIVER perlu berhati-hati. Lihat jenis pembayaran di dalam app. Sekiranya ianya CASH, anda wajib minta cash. Sekiranya GrabPay, anda tidak perlu minta bayaran kerana bayaran akan terus di masukkan ke CASH WALLET ANDA.

No 17.Ucapkan terima kasih dan minta rider bagi rating yang baik sambil memberikan senyuman.

No 18. Ulang semula sampai anda faham.

5. Bagaimana Nak Beli Topup GRAB

1. Stesyen Minyak
2. KK Mart
3. 7 Eleven
4. e-pay.com.my

Buka app>Home>Wallet>Credit Wallet>Topup with Pin

5. Boleh juga topup melalui Cash wallet ke Credit Wallet

Bukak app>Home>Click Credit Wallet>Topup WIth Account>Insert value 

Credit Wallet: Jumlah duit yang akan diambil Grab sebagai komisyen setiap kali driver selesaikan 1 job. Grab 20%, Pemandu 80%. Ianya dipanggil topup grab di kalangan driver. Anda perlu pastikan nilai topup sentiasa atas RM10. Nilai ini akan kekal dalam app & tidak boleh dimasukkan ke account bank anda

Cash Wallet: Jumlah duit yang yang dibayar oleh customer GrabPay atau apa bonus, insentif  dari Grab. Jumlah duit ini boleh di masukkan ke account anda & ambil masa 1-2 hari bekerja.

 

6. Tips Untuk Driver Baru

1. Install app Grab rider. Buat 1 booking jarak dekat .Bazirkan RM5 trip dari 1 lokasi A ke B. Lihat bagaimana app rider berfungsi. Dari sini anda boleh faham bagaiman situasi rider yg sedang menuggu Grab Driver yg akan datang pickup , handle app, dan drop off.

2. Kemudian, anda booking 1 lagi trip dari B ke A. Belajar benda yg sama. Dari experience ni, anda boleh lihat bagaimana 2 org Grab Driver handle app dan faham flow. Setakat RM10, rasa semua mampu. Jika nasib baik, anda dapat driver yg pro. Tp jika nasib tak baik, anda mungkin jumpa driver yg kureng dari segi pemanduan, kebersihan kereta dan lain2.

3. Jika anda tak mahir dengan waze atau google maps, study dulu!. Masuk kereta, on waze, tulis 1 location. Contoh KL Sentral.Dekat KL sentral saja ada 5 point utk pickup customer. Biasakan diri dulu jalan2 dkt tempat pickup.

4. Biasanya jika anda masuk perumahan atau condo yg ada guard house, mereka confirm akan mintak lesen. ni mmg standard. Jadi tak perlu masam muka. Kalau ada lesen lama yg masih simpan, letak siap2 dkt pintu kereta ada tempat yg senang ambil supaya anda tak perlu bukak wallet.BARU PRO!

 

7. 10 TERM YANG DRIVER WAJIB TAHU

PROMO
Rider akan dpt discount, Grab akan refund ke dalam wallet dalam masa 24 jam. Contoh dalam app tulis fare RM10+Promo. Driver hanya perlu tekan drop off dan nanti akan ada nilai terakhir berapa customer perlu bayar selepas tolak promo.

CREDIT WALLET
Di panggil sebagai topup. Kena pastikan atas RM10, baru job boleh masuk.Boleh beli topup di stesyen minyak / KK MART /7E atau boleh topup dari nilai cash balance

CASH WALLET
Jika penumpang bayar pakai credit card, duit akan masuk ke sini.Boleh transfer ke bank dan ambil masa 1-3 hari bekerja. Sabtu & ahad tidak dikira

GRABPAY
Rider bayar gune credit card. Tambang akan masuk ke dalam apps di ruangan cash wallet secara on the spot selepas menekan button drop off

CASH
Driver wajib ambil duit cash dari penumpang

TOL
Tol ditanggung oleh rider. Jika customer bayar pakai cash, mintak jumlah tambang dan tol. Jika customer bayar pakai grabpay, tak perlu mintak cash tetapi letak berapa amount tol dalam app semasa drop off. Duit akan masuk terus ke wallet

PHONE HOLDER
Driver wajib beli dan pasang di dashboard untuk hold handphone

DATA INTERNET
Driver perlukan sekurangya 3GB

POWER BANK
Driver wajib prepare 1 power bank.Atau charge USB di dalam kereta

CUSTOMER SUPPORT CS
Simpan no 0327881300 untuk melapor apa2 masalah_

SUSPEND
Account ditahan sementara atas kesalahan

BAN
Account ditutup sepenuhnya dan tidak boleh lagi memandu bersama GRAB

 8. INSURAN ,ROADTAX ATAU LESEN PSV NAK TAMAT? APA NAK BUAT? BAGAIMANA NAK UPDATE?

1.Pastikan renew INSURANCE anda 2 minggu sebelum expired sama ada melalui ejen insurance atau bjak.my . Kenapa 2 minggu? Sebab biasanya Grab akan ambil masa 10-14 hari untuk process document anda

2. Untuk ROADTAX, anda hanya boleh renew di JPJ sahaja dengan syarat sudah lulus PUSPAKOM. Jangan pergi UTC pulak.Memang tak boleh. Booking Puspakom melalui website puspakom.

PUSPAKOM hanya perlu jika kereta sudah lebih 3 tahun mengikut tahun buatan kenderaan di dalam geran.

3. Untuk renew PSV, sila buat medical checkup di clinic sahaja dan terus ke JPJ untuk renew kad PSV anda.

4. Sekiranya insurance, roadtax , psv sudah setel, update ke dalam app.

Click Account
Click Nama Anda
Click Icon Pencil
Click 15 Documents

Update di bahagian:
1. insurance expiry date untuk insurance

2., Roadtax untuk gambar roadtax

3. PSV License untuk lesen PSV 

Sila baca panduan PUSPAKOM secara lebih terperinci di pautan link PUSPAKOM

APA ITU PEMERIKSAAN PUSPAKOM?

Ianya adalah pemeriksaan wajib  yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan jika kenderaan anda berusia 3 tahun ke atas.

BILA KENA BUAT PEMERIKSAAN PUSPAKOM?

Paling bagus 2 minggu sebelum roadtax tamat.

APA KESAN JIKA TIDAK BUAT PUSPAKOM?

Anda tidak akan dapat perbaharui roadtax. Dengan itu, anda tidak dapat update roadtax di dalam app Grab Driver. Jadi applikasi anda tidak akan active.

APAKAH PERSEDIAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMERIKSAAN PUSPAKOM?
(PEMERIKSAAN KENDERAAN EHAILING )

Sila baca di pautan link PUSPAKOM

 

 

9. CARA ELAKKAN ACCOUNT SUSPEND ATAU TERMINATE / BLACKLIST DARI GRAB

1. Sila pastikan anda memandu sekurangnya 3 job dalam masa 6 bulan. Account akan ditamatkan jika tidak buat job langsung.

2. Sila berpakain kemas, memakai kasut, berseluar panjang dan tidak memarahi/bergaduh dengan pelanggan walau apa situasi sekalipun. Anda masih ada button report jika menghadapi pelanggan yang bermasalah.

3. Anda boleh cancel job tetapi perlu menjaga cancellation rate kurang dari 15% seminggu.

4. Kereta mestilah sentiasa bersih. Percayalah, pelanggan yang jaga hygiene sentiasa akan report kereta anda.

5. Jangan mengorat, meminta, atau melakukan sexual harassment walau kecil sekalipun. Sekali anda kena report, akaun akan terus di senarai hitam.

 

 

10. Sticker E-Hailing Kereta

Pemandu Grab di wajibkan melekat sticker E-Hailing di depan dan di belakang cermin hanya ketika membawa penumpang sahaja.

Anda boleh mendapatkan sticker ini di shopee

 

 

11. Grab Customer Support (Dikenali sebagai Grab CS)

Pemandu Grab yang pro wajib menyimpan no CS 0327881300 didalam phone masing-masing.

Sekecil-kecil masalah boleh diselesaikan melalui CS. Antaranya,

  1. Penukaran maklumat, email . phone no etc
  2. Maklumat kemalangan
  3. Apa-apa masalah teknikal

 

 

WhatsApp chat