BANTUAN PERMAI E-HAILING diberikan kepada pemandu E-Hailing yang layak mengikut syarat kelayakan di bawah:
- Warganegara Malaysia;
- Pemandu perlu berdaftar dengan mana-mana E-Hailing Operator yang sah
- Pemandu memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
- Kenderaan yang dipandu telah dilesenkan dengan Permit Kenderaan e-hailing (eVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD);
- PPemandu dengan pendapatan bulanan bayaran tambang kasar sekurang-kurangnya RM700 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan Oktober 2020, November 2020 atau Disember 2020; dan
- Pemandu tidak menerima bantuan untuk pemandu Teksi RM500 di bawah inisiatif sama.
Jika and layak dengan syarat di atas, anda boleh semak kelayakan anda melalui pautan BANTUAN PERMAI E-HAILING.